Book Cafe

Isnin, 23 September 2013

23.09.2013 Monday 18:38pm

Hari ni agak lewat balik keje. Keje mmg banyak tapi lepas lunch hari ni.... 2.30ptg agak sengal nak buat keje.... hehehehe...

Jalan agak lancar hari ni. Tapi cuaca agak terik lah petang ni. Hopefully malam ni akan hujan. Sejuk skit anak2 nak tido.

Test blog dari Note aku...

Pagi ni aku saja gatal tangan cuba search dalam Palystore Blogger Apps. Dan sungguh tak sangka ada. Makanya.... pagi ni aku nak cuba "ber"blog guna Note aku ni... hehehe... Moga hasilnya seperti yang aku harapkan.

Rabu, 8 Mei 2013

Zara Marissa Puteri Kami...

Tanggal 31.10.2012 - Rabu, lebih kurang jam 5.30 pagi. Perut aku memulas², ingatkan angin sebab malam tu aku makan ketupat daun palas. Aku pun bangun buang air kecil kemudian sambung tidur semula. Lagipun jam aku kunci pukul 6.15 pagi. Tapi dalam hati ni dah rancang dah nak ke klinik pagi ni nak ambil mc (Mood malas nak kerja pagi tu)

6.30 pagi aku bangun nak mandi, terasa nak buang air kecil lagi... hurm... owhh... rupa²nya, sakit perut yang memulas² tu tandanya aku dah nak bersalin. BERSALIN!.. Baru 35 minggu 6 hari ni. Pukul 7, hantar Zarif ke rumah kak Yati macam biasa. Mujur jugak pagi tu dia tak banyak karenah, agaknya dah tahu adiknya nak keluar pagi tu.

Dari rumah ke Hospital Sungai Buloh, syukur Alhamdulillah perjalanan ke hospital dipermudahkan. Jalanraya lengang dan lampu isyarat hijau semuanya. 7.15 pagi sampai terus ke dewan bersalin. Doktor 'check' dulu dan katanya dah 'fully open'. 7.25 pagi, aku selamat melahirkan puteri sulung kami dengan berat 2.77kg dan di beri nama ZARA MARISSA (Puteri yang bersopan santun). Semoga kau membesar menjadi puteri kami yang solehah dan berbudi pekerti mulia wahai anak.