Book Cafe

Selasa, 27 April 2010

RINDU-RINDUAN JADI KENANG-KENANGAN...

"Rindu... rindu serindu-rindunya..." 

Dah lama aku tak rasa macam tu. Last rasanya masa zaman bercinta dulu. That was about 4 years ago. 

Tapi... bila hubby out of the blue kena g kursus last week for about 3days 2nite... kat Janda Baik, Pahang... mula² okay lagi. Bila dia dah sampai sana, katanya coverage tak elok. So, kalau ada apa² just sms ajelah. 

SMS?


Okay lagi tu... tapi, on that second nite, aku sms dia tak berbalas² langsung sampai esok harinya. Jadinya, malam tu langsung aku pun tido² ayam je. 

Dah tu... No Good Nite msg, No Good Nite Kisses. Tak keruan aku di buatnya. Dah la nak telefon coverage tak cantik. Apa nak buat sabar je lah. Huhuhu... dugaan tu sebenarnya. Kebetulan hubby g kursus "Menjana Muslim Profesional"

Which means, kursus kali ni penuh dgn elemen agama dan nilai²nya. 

Hikmahnya?

Kami rasa segar kembali pada hubungan kami. Bila dia cerita pasal intipati kursus aku pun khusyuk je dengar. Macam dah bertahun² tak dengar suara dia. Dia bercerita dgr macam dia tengah nyanyi lagu je kat telinga ni... Sedap.. bak kata org.."Halwa Telinga". 

Kalau macam ni keadaan, aku rasa boleh melambung balik bill telefon aku dengan dia... hehehe... Dah tu, bila dah jauh, mesti laa teringat, rindu dan gila bayang. Dah biasa buat apa & pegi mana² mesti sama²... kena tinggal 3 hari pun dah rasa cukup lama woo....


Bila dah jadi macam ni, baru aku sedar betapa mendalamnya perasaan sayang tu. Betapa bermaknanya dia dalam hidup aku ni. Jadi, selagi masih ada peluang ni, aku nak laa bagi dia gembira dan senang hati selalu bila dengan aku.


Korang rasa, dia pun rasa apa yang aku rasa tak? 

Rabu, 21 April 2010

Sakit Tekak...

Mula²aku demam selsema je. Dah pergi klinik dapatla MC 2hari. Masuk keje macam biasa. Tak sampai seminggu, aku demam balik. Kali ni teruk jugak la..selsema takde tapi gatal tekak ni mak aii... macam ada miang rebung dalam tekak. Sekali la dengan pakej batuk. Lagi la aku rasa tak sihat.

Ingatkan bila dah rehat lagi 1.5hari kat rumah dah okay. Tapi, hari ni dah rasa nak demam semula. Antibiotik pun aku dah telan sampai habis. Tapi, gatal tekak dengan batuk ni buat aku rasa lagi sakit dan tak daya.

Dah 2 hari aku makan bubur nasi je ni.. huhuuu... mana tahan, mak aku masak sedap tu semalam (Masak asam tumis). Dah aku sakit tekak dan batuk ni, terpaksalah aku tahan skit nafsu makan ni. Sib baik semangat aku kuat. Huhuhuu.. Perasan arr aku ni.

Panas dalam ni buat aku rasa pening. Semalam dalam tak sihat, aku ikut gak pergi basuh rumah. Hmm... petang ni balik keje terus gi rumah. Kali ni nak mop lantai tu dengan asid utk kembalikan seri lantai tu... hihihi...

Khamis, 15 April 2010

You're The Inspiration - Peter Cetera Feat Az Yeat

-- You know our love was meant to be
The kind of love to last forever
And I want you here with me
From tonight until the end of time
-- You should know, everywhere I go
Always on my mind, 
In my heart, in my soul, baby
-- You're the meaning in my life
You're the inspiration
You bring feeling to my life
You're the inspiration
-- Wanna have you near me
I wanna have you hear me saying
No one needs you more than I need you
-- And I know, yes, I know that it plain to see
We're so in love when we're together
Now I know, that I need you here with me
From tonight until the end of time
-- You should know, everywhere I go
Always in my mind,
In my heart, in my soul, baby
-- You're the meaning in my life
You're the inspiration
You bring feeling to my life
You're the inspiration
-- Wanna have you near me
I wanna have you hear me saying
No one needs you more than I
No one needs you more than I
-- Wanna have you near me
I wanna have you hear me saying
No one needs you more than I need you
-- You're the meaning in my life
You're the inspiration
You bring feeling to my life
You're the inspiration
-- When you love somebody
(Till the end of time)
When you love somebody
(Always on my mind)
No one needs you more than I
-- When you love somebody

Rabu, 14 April 2010

Curang @ Main Kayu 3 ?

Lelaki mahupun wanita dah hampir sama nisbahnya yang curang pada pasangan masing²

Salah siapa ya?

  Kata kawan aku, isterinya sengaja buat perangai sebab terasa diabaikan. Kawan aku yang sorang lagi pula kata, saja suka². 

Boleh ke macam tu?

  Bila dah 'kantoi', mula laa menggelabah. Masa ni baru laa betul² 'Perang Dingin'. Itupun kalau cuma perang dingin. Kalau sampai bergegar satu rumah?

Macamana nak buat tu?


  Sebelah pihak sajakah yang patut di persalahkan? Tak patut. Memang tak patut. Bagi aku, the best way is to talk and to discuss. Bercakap dan berbincang k... bukan bertekak dan bertengkar. 
  Buat suami, mungkin kita terleka dgn dunia kita -- dunia kerja, dunia melepak kat kedai kopi, dunia bola.. dalam erti kata lain terlalu taksub dengan dunia 'solo' sampai terlupa yang diri tu dah 'duo'. Tak mustahil jugak, sesetengah suami ni susah sangat nak di bawa berbincang  -- asal bercakap je... dah nak melenting.


  Buat isteri, kadangkala kita lupa yang suami kita pun nak dibelai dan nak di manja juga. Kita cuai dalam hal-hal makan minum laki kita. Kita tak perasan kita dah terlebih bercakap dan bercerita dari yang sepatutnya. Kita sibuk hal orang sampai tak jaga hal sendiri.


  Teringat aku satu pagi nak gi kerja, laki aku merungut rokok tertinggal kat rumah. Aku dengan niat dan nada seloroh pun kata "Bukan apa tu.. tanda nak suruh berhenti merokok la tu" ... Terus dia melenting. Tak jadi aku nak nyakat lagi dah pagi tu.


  Itu cuma sebagai satu contoh situasi pada masalah komunikasi yang sebenarnya turut menyumbang pada berlakunya "CURANG" ni.


  Mungkin korang tak sedar dan tak perasan selama ni. Aku pun ada masa terleka dan alpa dengan tingkah aku sendiri. Mujur ada suami yang tak jemu-jemu menegur dan membimbing.


Ego?


  Biar bertempat. Ada masa kita perlu mengalah, kita kenalah mengalah. Ada masa kita kena bertegas, kenalah bersikap tegas. Tapi janganlah sampai 'pijak kepala'. 


Sama-samalah kita berusaha...

Selasa, 13 April 2010

Baru Aku Tahu

  Baru aku tahu, baru tadi aku tahu.... setting yang aku buat untuk blog aku ni tak betul. Ada kecacatan. Harap² yang aku betulkan ni, memang dah okay 100%.
  Baru aku tahu, bukan senang rupanya nak tulis blog ni. Tapi aku tak kisah, sebab aku memang minat nak menulis. 
  Cuma, buat masa sekarang aku belum set lagi atau putuskan untuk tulis mengenai apa lagi. Wah... baru aku terasa kesukarannya.

Khamis, 8 April 2010

Gone With The Sin - H.I.M

-- I love your skin, oh so white
I love your touch, cold as ice
And I love every single tear you cry
I just love the way you're losing your life
-- Whoah, my baby, how beautiful you are
And, whoah, my darling, completely torn apart
You're gone with the sin, my baby and beautiful you are
So gone with the sin, my darling
-- I adore the despair in your eyes
I worship your lips, once red as wine
And I crave for your scent, sending shivers down my spine
And I just love the way you're running out of life
-- Whoah, my baby, how beautiful you're
And whoah, my darling, completely torn apart
You're gone with the sin, my baby and beautiful you are
So gone with the sin, my darling
-- Whoah, my baby, how beautiful you are
And, whoah, my darling, completely torn a part
You're gone with the sin, my baby and beautiful you are
So gone with the sin, my darling...

Khamis, 1 April 2010

FIGHT!!!

You ever had a fight with your colleague? Well I do. Today I had a fight with my partner. Hopefully its just for today. We've been such a good friends for almost a year. Without fighting there won't be so much fun in the friendship then.
 I had a fight with most of my beloved. But come to the end, our relationship become even stronger. Can you imaging how terrific a fight could lead you into?