Book Cafe

Jumaat, 7 Mei 2010

CUTI² MALAYSIA


Jumaat (01.05.2010) - Aku pergi bercuti kat satu tempat ni.. memang best dan marvelous scenery tempat ni. Tengok first picture yang aku letak ni mesti dah teruja nak tahu kan.



Menarik tempat ni. Sesuai juga kalau ada yang bawa anak kecil sebab kedudukan chalet ni jauh dari jalan utama.



Haa.. macam tu laa rupanya bila dah gembira sangat dapat tinggal kat chalet ni. Sekian lama, merasa juga aku naik buaian. Hahahah.... Ada lagi gambar yang aku nak letak ni... Biar korang semua excited sikit nak tahu kat mana aku pergi untuk cuti² kali ni.
Sewa pun tak mahal. Kalau chalet lain satu malam dah memang tentu diorg caj rm60-rm70. Tapi kat sini, oleh sebab aku amik 2 chalet utk 2 malam, tuan punya chalet ni cuma caj rm200. 

Tapi....

Kenalah booking dari awal. Huhuuu.. nak dapatkan chalet ni punya pasal, aku terpaksa buat booking 2 bulan lebih awal. Bayangkan lah kalau terpaksa cancel plan... huhuuu... 

Nama chalet ni CHALET HAJAH MAHAWA - PENGKALAN BALAK - MELAKA. Dia ada dua jenis bilik, satu chalet kayu dan satu lagi rumah batu. Yang kayu ni takde aircond. Cuma kipas saja. Tapi, waktu malam kalau tidur pun dah cukup selesa sebab angin masuk kot celah kayu lantai tu. 

Cuma, kalau korang datang kena standby ubat nyamuk je laa. Bilik memang luas. Kalau setakat satu keluarga dalam lingkungan 6-8orang masih lagi selesa. 

Ini bilik yang aku sewa, sebelah dengan tempat untuk barbeku. Pangkin pun luas kalau nak bersantai kat atas tu. Sebelah dengan tempat barbeku tu dah pantai. Lepas makan, apa lagi... boleh laa terus mandi laut... heheheh...




Jejaka hensem yang baju putih tu is my belove one. Yang sebelah tu member kitorang. Tempat yang diorang duduk tu antara chalet dan pantai. Huhuu.. control macho jer lah diorang ni... 
Selain dari barbeku dan mandi laut, utk kaki pancing pun memang sesuai sangatlah tempat ni. Nak beli umpan pun senang. Kat sini kami pernah dapat ikan pari (well known sebagai port pari), ikan gelama memang adalah. Kalau nak menjala pun takde masalah... anak² ikan melompat² je kat depan mata.
Belangkas pun ada malam tu... hehhehe... ingatkan ikan pari 6kg yang naik. Sekali dah tarik, rupanya belangkas je. 
Jadi kawan² semua, kalau ada yang nak pergi bercuti boleh laa datang ke tempat ni. Kalau perlukan lebih info boleh laa tanya kat aku k.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan