Book Cafe

Rabu, 16 Jun 2010

Hari Lahir

Yessza... tinggal seminggu je lebih kurang lagi besday aku bakal menjelang tiba... tak sabar sungguh rasa. Selalunya, walaupun takde hadiah yang mewah².. hubby aku mesti ada belikan aku kek. Hahaha.. walaupun yang kecik... tapi aku tak kisah lah.. 

Hmm.. aku ingat jugak.. 2 tahun lepas memang dia betul² lupa besday aku... dalam aku tak nak merajuk.. tersentap jugak laa bila langsung takde burpday wish from my hubby... petang tu kebetulan masa dia sampai rumah.. aku kat depan lagi.. saja mem'busy'kan diri (merajuk laa)... bila aku masuk je kat dalam bilik... aku tengok ada satu kad... pink kaler lagi atas tv... 

kiut giler card yang dia bagi kat aku.. terus hilang merajuk aku that day... 

Sapa kata laki tak pandai pilih kad ucapan.. 'salute'lah kat hubby aku... kalau kena angin dia.. pilih apapun memang menarik jaa... 

Huhuuu.. tapi setakat hari ni.. semua yang dia pilih memang sedap pada pandangan mata aku. 

Lepas insiden aku merajuk tu... takde lagi dah dia lupa nak wish burpday aku,,, hehehe.. Best  jugak bila sesekali dia pujuk.... rasa terharu sangat bila tau yang dia sayang dan hargai diri aku walaupun sesekali aku ni memang degil dan tak dengar kata.

Harapan aku, ulangtahun aku yang ke-29 nanti, Semoga kami diberikan zuriat yang soleh dan solehah, rumahtangga kami kekal berpanjangan dan bahagia selalu, semoga aku menjadi lebih baik dari yang dahulu, Bangkit dari segala kegagalan yang aku alami dulu... Amiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan