Book Cafe

Rabu, 8 Mei 2013

Zara Marissa Puteri Kami...

Tanggal 31.10.2012 - Rabu, lebih kurang jam 5.30 pagi. Perut aku memulas², ingatkan angin sebab malam tu aku makan ketupat daun palas. Aku pun bangun buang air kecil kemudian sambung tidur semula. Lagipun jam aku kunci pukul 6.15 pagi. Tapi dalam hati ni dah rancang dah nak ke klinik pagi ni nak ambil mc (Mood malas nak kerja pagi tu)

6.30 pagi aku bangun nak mandi, terasa nak buang air kecil lagi... hurm... owhh... rupa²nya, sakit perut yang memulas² tu tandanya aku dah nak bersalin. BERSALIN!.. Baru 35 minggu 6 hari ni. Pukul 7, hantar Zarif ke rumah kak Yati macam biasa. Mujur jugak pagi tu dia tak banyak karenah, agaknya dah tahu adiknya nak keluar pagi tu.

Dari rumah ke Hospital Sungai Buloh, syukur Alhamdulillah perjalanan ke hospital dipermudahkan. Jalanraya lengang dan lampu isyarat hijau semuanya. 7.15 pagi sampai terus ke dewan bersalin. Doktor 'check' dulu dan katanya dah 'fully open'. 7.25 pagi, aku selamat melahirkan puteri sulung kami dengan berat 2.77kg dan di beri nama ZARA MARISSA (Puteri yang bersopan santun). Semoga kau membesar menjadi puteri kami yang solehah dan berbudi pekerti mulia wahai anak.

Jumaat, 15 Julai 2011

Muhamad Zarif Wa'ie bin Muhamad Zarim

Anugerah terindah buat diriku dan suami... 

Tanggal 26 Jun 2011 - Ahad Jam 11.25 pagi, aku selamat melahirkan putera sulung kami, MUHAMAD ZARIF WA'IE dengan berat 2.95 kg.

Anakku ini seorang yang sangat manja dan periang orangnya. Sangat manja dengan papaanya. Ibuu love you so much sayang... :) 


Rabu, 21 Julai 2010

JIKA WANITA DIUMPAMAKAN IKAN, KATEGORI IKAN APAKAH YANG JADI FAVORITE ANDA?

IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai... ada nilai, ada kualiti...
INI WANITA BERKERJAYA

IKAN AROWANA
Kalau yang ini di akuarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tahu tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata... nakal melihatnya di manapun dia bergaya...
So, pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya...
INI PERAGAWATI, SELEBRITI dan yang sewaktu dengannya...

IKAN MAS KOKI
Ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, waknanya dan lenggang lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan kerana termasuk kategori ikan hiasan...
INI BINI ORANG...

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca akuarium.
Kalau sudah menempel, susah sangat nak lepaskannya... macam gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAZ nii...

IKAN KELI
Kalau yang ini harganya murah, boleh dimakan di mana saja.
Banyak di jual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN...

IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu-gituuu... saja.
Selalu sedap di makan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain...
INI BINI SENDIRI...

DI PETIK DAN DI SUNTING DARI: EMAIL PARA SAHABAT

Khamis, 15 Julai 2010

4 LANGKAH PERANCANGAN KEWANGAN BAKAL PAPA & MAMA

1. KETAHUI KEDUDUKAN KEWANGAN
     
Walaupun keperluan si kecil mengatasi segala aspek, tetapi jangan abaikan komitmen kewangan yang sedia ada seperti pembiayaan rumah dan kereta. Apabila berbincang tentang perbelanjaan keluarga, anda perlu ingat bahawa perbelanjaan yang akan datang bukan sahaja untuk keperluan bayi, tetapi juga keperluan ibu sebelum dan selepas bersalin.



2. BUAT SENARAI SEMAK

Anda dan pasangan harus membuat senarai barangan dan perkhidmatan yang diperlukan mengikut kategori. Dengan melakukannya, anda dapat mengenal pasti jika ada barang keperluan lain yang masih belum disenaraikan. Jangan lupa untuk memasukkan satu kategori bagi keperluan kecemasan.



3. BUAT PERBANDINGAN HARGA BARANGAN

Ketika membeli-belah berdasarkan senarai semak, jangan terlalu gopoh dengan terus membeli barang pertama yang anda lihat. Luangkan sedikit masa untuk membuat perbandingan harga. Selain itu, jangan terpengaruh dengan jenama terkenal. Selalunya anda boleh membeli barang yang sama kualitinya setanding dengan barang berjenama, tetapi pada harga yang lebih murah.


4. BELI APA YANG PERLU SAHAJA

Setelah selesai membandingkan harga dan barangan yang diperlukan, lihat kembali senarai semak. Bezakan antara barang yang betul-betul mustahak untuk menyambut kelahiran bayi dan apa pula barang yang boleh ditangguhkan pembeliannya. Keluarkan senarai barang yang tidak perlu dan tandakan barang yang boleh ditangguhkan.




PETIKAN DARI : 9-15 JULAI 2010 [ILUVFAMILI -- ILUVISLAM]

KISAH TAULADAN

NABI IBRAHIM MENOLAK PERTOLONGAN MALAIKAT

NAMRUD adalah raja yang zalim dan angkuh pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Akibat terlalu marah kepada Nabi Ibrahim yang memecahkan patung-patung berhala dalam istananya dengan kapak, Namrud mengambil tindakan untuk membakar Nabi Ibrahim.

     Ketika itulah Allah menguji Nabi Ibrahim. Ketika api sedang marak menyala dan Nabi Ibrahim akan dicampakkan ke dalam api tersebut, tiba-tiba datang Malaikat Jibril menawarkan pertolongan kepadanya. Tanya Malaikat Jibril,"Wahai Ibrahim, apakah engkau memerlukan pertolonganku?" Jawab Nabi Ibrahim,"Jika pertolongan itu daripadamu, maka tentulah aku tidak perlukannya. Cukuplah Allah penolongku semata-mata dan Dialah sebaik-baik penolong." 

     Tidak lama kemudian, datang pula Malaikat Mikail menawarkan pertolongan,"Wahai Ibrahim, apakah engkau mahukan pertolonganku? Aku akan padamkan api ini kerana kunci-kunci hujan dan air ada dalam genggamanku. Namun Nabi Ibrahim menjawab,"Jika pertolongan daripadamu, maka aku tidak memerlukannya." Tidak lama kemudian, muncul pula Malaikat lain yang bertugas meniup angin untuk menawarkan pertolongan namun Nabi Ibrahim tetap menolaknya.

     Lalu Malaikat Jibril datang lagi dan berkata kepada Nabi Ibrahim,"Kalau begitu, mohonlah kepada Allah." Jawab Nabi Ibrahim,"Ya, hanya kepada-Nya dan hanya dari-Nya tempat aku bermohon. Dia Maha Tahu tentang keadaanku. Begitulah yang dinukilkan betapa kuatnya iman Nabi Ibrahim a.s.


PETIKAN DARI: ILUVISLAM [9-15 JULAI 2010]