Book Cafe

Khamis, 15 Julai 2010

4 LANGKAH PERANCANGAN KEWANGAN BAKAL PAPA & MAMA

1. KETAHUI KEDUDUKAN KEWANGAN
     
Walaupun keperluan si kecil mengatasi segala aspek, tetapi jangan abaikan komitmen kewangan yang sedia ada seperti pembiayaan rumah dan kereta. Apabila berbincang tentang perbelanjaan keluarga, anda perlu ingat bahawa perbelanjaan yang akan datang bukan sahaja untuk keperluan bayi, tetapi juga keperluan ibu sebelum dan selepas bersalin.



2. BUAT SENARAI SEMAK

Anda dan pasangan harus membuat senarai barangan dan perkhidmatan yang diperlukan mengikut kategori. Dengan melakukannya, anda dapat mengenal pasti jika ada barang keperluan lain yang masih belum disenaraikan. Jangan lupa untuk memasukkan satu kategori bagi keperluan kecemasan.



3. BUAT PERBANDINGAN HARGA BARANGAN

Ketika membeli-belah berdasarkan senarai semak, jangan terlalu gopoh dengan terus membeli barang pertama yang anda lihat. Luangkan sedikit masa untuk membuat perbandingan harga. Selain itu, jangan terpengaruh dengan jenama terkenal. Selalunya anda boleh membeli barang yang sama kualitinya setanding dengan barang berjenama, tetapi pada harga yang lebih murah.


4. BELI APA YANG PERLU SAHAJA

Setelah selesai membandingkan harga dan barangan yang diperlukan, lihat kembali senarai semak. Bezakan antara barang yang betul-betul mustahak untuk menyambut kelahiran bayi dan apa pula barang yang boleh ditangguhkan pembeliannya. Keluarkan senarai barang yang tidak perlu dan tandakan barang yang boleh ditangguhkan.




PETIKAN DARI : 9-15 JULAI 2010 [ILUVFAMILI -- ILUVISLAM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan