Book Cafe

Khamis, 15 Julai 2010

KISAH TAULADAN

NABI IBRAHIM MENOLAK PERTOLONGAN MALAIKAT

NAMRUD adalah raja yang zalim dan angkuh pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Akibat terlalu marah kepada Nabi Ibrahim yang memecahkan patung-patung berhala dalam istananya dengan kapak, Namrud mengambil tindakan untuk membakar Nabi Ibrahim.

     Ketika itulah Allah menguji Nabi Ibrahim. Ketika api sedang marak menyala dan Nabi Ibrahim akan dicampakkan ke dalam api tersebut, tiba-tiba datang Malaikat Jibril menawarkan pertolongan kepadanya. Tanya Malaikat Jibril,"Wahai Ibrahim, apakah engkau memerlukan pertolonganku?" Jawab Nabi Ibrahim,"Jika pertolongan itu daripadamu, maka tentulah aku tidak perlukannya. Cukuplah Allah penolongku semata-mata dan Dialah sebaik-baik penolong." 

     Tidak lama kemudian, datang pula Malaikat Mikail menawarkan pertolongan,"Wahai Ibrahim, apakah engkau mahukan pertolonganku? Aku akan padamkan api ini kerana kunci-kunci hujan dan air ada dalam genggamanku. Namun Nabi Ibrahim menjawab,"Jika pertolongan daripadamu, maka aku tidak memerlukannya." Tidak lama kemudian, muncul pula Malaikat lain yang bertugas meniup angin untuk menawarkan pertolongan namun Nabi Ibrahim tetap menolaknya.

     Lalu Malaikat Jibril datang lagi dan berkata kepada Nabi Ibrahim,"Kalau begitu, mohonlah kepada Allah." Jawab Nabi Ibrahim,"Ya, hanya kepada-Nya dan hanya dari-Nya tempat aku bermohon. Dia Maha Tahu tentang keadaanku. Begitulah yang dinukilkan betapa kuatnya iman Nabi Ibrahim a.s.


PETIKAN DARI: ILUVISLAM [9-15 JULAI 2010]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan