Book Cafe

Khamis, 1 Julai 2010

PETUA 8P USTAZAH SITI NURBAHYAH

Renung²kan... dan selamat beramal... 

1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semu aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan TERIMA KASIH apabila di beri pertolongan.

2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN - Sangat penting kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN

6. PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN - Kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ustazah Siti Nurbahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri, iaitu:- 

SURAH AL-IMRAN AYAT KE-31 ATAU MEMBACAKAN AYAT KE-200 SURAH YANG SAMA BAGI MENGURANGKAN PANAS BARAN SUAMI.

Beliau turut berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan